Sunday, May 17, 2009

langkah ke pasum

kuingin menulis blog ini dalam bahasa ibundaku. setelah sekian lama meninggalkan zaman persekolahanku, inginku gilap kembali penulisanku dalam bahasa Melayu/Malaysia.
hari ini merupakan hari ahad yang kedua terakhir aku berada di rumah sebelum aku jejak ke universiti.
Tiba-tiba aku teringat kata-kata kawan baikku, Nadhirah
"eh eh, Mell, kau nak tau tak?? Nasib baik seyh kita tak pergi KMM (kolej matrikulasi melaka) tu.
kawan aku cakap tempat tu mmg agak buruk sebab dah lama. Melaka antara matrik yg awal gak la. Nasib baik seyh tak pergi"
lalu aku pun balas
"Nad...apakah kau tak sedar apa yang kau cakap dengan aku. Kalau mau dibandingkan, Matrik Melaka dengan UM mana lg lama?
Muka Nadhirah yang riang tadi tiba-tiba jadi statik dan terpegun sebentar. agaknya dia teringat akan situasi yang bakal kuhadapi. Kemudian dia tersenyum.
" we're not talking about the first Matriculation center here.WE are talking about the first university in Malaysia!!!"
aku tegaskan suaraku ketika menyebut " the first university in Malaysia". Bukan aku sahaja yang menyebutnya. Nad juga turut bersama-sama berkata demikian dengan serentak seolah-olah dia seorang yg psikik yang boleh membaca minda aku.
Aku kenal Nadhirah sejak aku Tingkatan 1 kerana aku merupakan rakan sekelasnya.Walau bagaimanapun, hubungan kami bertambah erat dan erat lagi bila menjelang akhir tingkatan 2. Dan semakin erat semasa kami tingkatan 3.
Nad atau lebih dikenali sebagai Naddy oleh kamal =)) merupakan rakan baikku yang aku percaya.
dia tidak mungkin buatku terluka. Naddy juga merupakan diari bergerakku kerana aku sering beromong semua masalahku kepadanya.Diariku ini sangat istemewa. Bukan sahaja boleh aku bercerita tanpa menulis atau menaip. malah. ada respon lagi. " instant" =))
ya.. instant diary.
oh ya.. selepas itu, kami berketawa. riang gembira di waktu petang .dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, kami berketawa kerana konversasinya sangat lucu.Nadhirah suka kenakan aku dengan soalan-soalan yang tidak sepatutnya.
Apakah patut die tanya aku ni suka Kamal?
adoi...tidak patut sungguh.
Destinasiku seterusnya : Kolej Raja Dr. Nazrin,Universiti Malaya
Pusat Asasi Sains . atau lebih dikenali sebagai PASUM.
Menurut abangku serta sumber-sumber yang boleh diperayai.
PASUM merupakan asasi yang paling best. harap-harap semuanya akan berjalan lancar.
Apakan daya. aku hanya mampu ke UM.aku bersyukur ke hadrat Allah kerana jawab doaku.
"jika ke upu aku mau pasum." itulah kata-kata yang sering didengari ibuku sejak abangku ke pasum. kini, doaku makbul.
aku tidaklah sehebat rakan-rakanku yang lain. aku tidak dapat keputusan yang gemilang, straigt a's. oh tidak. Oleh itu, aku tidak layak untuk masuk ke program ijazah luar negara tajaan mara, jpa dan sbg. rakan-rakanku yang ke asrama dulu, kebanyakkannya akan berangkat insyaAllah setelah tamat pengajian pra-universiti program di Malaysia seperti foundation, International Baccalaurate, Cambridge A-level, American Degree Programme, atau Australian Matriculation.
Semuanya mahu menjadi doktor belaka. semoga impianmu tercapai wahai rakan-rakanku.Amiin.
25hb Mei. tidak sabar rasanya. aku akan bergelar sebagai pelajar universiti. wah.
tidak seperti rakan-rakanku yang akan berangkat ke uia atau uitm , mereka ada ramai teman yang mengambil jurusan yang sama di tempat pengajian mereka. dan aku???
aku ada kamal. yang telah memilih matrik n9 .
sedih hatiku mendengarnya. ( bukan aku ada apa-apa ya)
sedih kerana aku tidak mempunyai rakan yang sama jurusannya. iaitu : asasi sains fizikal
dua rakan sekolah rendahku sahira dan intan akan mengambil jurusan asasi sains hayat. manakala alia, rakanku dulu mengambil jurusan asasi alam bina.
memang benar kami akan berada di klej yang sama iaitu kolej 12. tetapi. tidakkah bagus jika ada seorang teman yang kita kenal??
apakan daya. aku telah ditakdirkan untuk meluaskan jaringan kenalanku nanti.
" start of something new"
mesti seronok apabila dapat kenalan baru. rakan-rakan pasum ku.
tidak sabar rasanya!!
aku nanti akan belajar subjek utama : fizik, kimia, sains komputer serta matematik.
takut rasanya. kerana sejak memerah otak menjawab soalan SPM, seolah-olah semua yang aku pelajari telah aku tinggalkan di dewan peperiksaan. sejak 27 november, aku tidak menyentuh buku-buku ulangkajiku.
haha..
ada yang sentuhkah? mungkin ada. tetapi bukan aku. sejak itu. otakku makin berhabuk dan berkarat.
terima kasih kuucapkan kepada Shobana kerana telah mengajakku untuk bekerja di KUMON.
sebagai seorang assistant instructor. sekurag-kurangnya, aku tidak berkarat dalam bab matematik .
melihat nombor-nombor yang ditulis oleh kanak-kanak comel dan riang itu 4 hari seminggu selama 3 bulan membuatkan aku kurang karatnya. hehe.. nasib baik =)
gelagat riang kanak-kanak yang berumur 5tahun sehingga yang umurnya 16tahun sungguh menggelikan hati.
masih kedengaran suara-suara comel mereka di telingaku.
"teacher,teacher, where's my mommy? " - Keshwin, 5
" kak amalina, goodluck k nanti" -ariff radzuan, 11.
kalau aku senaraikan semuanya , pasti penat aku menaip . kerana lebih kurang 190 pelajar yang seringku layan. bukan sahaja pelajar Malaysia. Malah dari luar negara pun ada.Indonesia? Jerman?Australia? Netherland? Semua ada. comel, cantik, tampan juga mereka.. hahaha..
alangkah rindunya~~..
wah. aku penat bercerita dalam bahasa ibunda. penat menaip.
sampai sini saja hikayatku pada hari ini.
akanku tulis lagi nnt.
salam.

2 star(s):

Farhanah Izani said...

very interesting post weh
agak cm sedih semua dh nak gerak ikut road sndiri.
aku rse cm nk nangis oh ; (
jgn tnggl aku weh.
sobs.
i wish u all the best buddy.

Arina said...

skrg sume dah ikut path msg2
sedihh..
cuti mesti dah x sme dahh
neways, all the best!!
buat elok2 k?
dah jd budak u dah kauuu :D